Saturday, 9 April 2011

‘Elephant Sanctuary’ Kuala Gandah, Pahang


Aktiviti pertama Bernama Kid’s 1Malaysia Club (BK1MC) dengan kerjasama Benita bagi tahun 2011 adalah menganjurkan lawatan ke Kuala Gandah, ‘Elephant Sanctuary’ khusus untuk anggota     keluarga petugas Bernama.
Seramai 62 peserta menyertai lawatan ke  ‘Elephant Sanctuary’ Kuala Gandah, Pahang pada 9 April 2011 yang lepas. Sekitar jam 8.00 pagi rombongan lawatan bertolak menaiki bas Bernama ke Kuala Gandah.
Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di mana sejajar dengan objektif BK1MC. Pusat konservasi Gajah Kebangsaan ini merupakan tempat pelindungan, pemuliharaan dan penyelidikan berkaitan gajah asia yang kini terancam habitatnya.
Terdapat empat aktiviti yang boleh disertai iaitu menonton video dokumentari mengenai proses pemindahan semula gajah liar, mandi bersama gajah, memberi makanan dan menunggang gajah.



Pihak urusetia BK1MC juga turut menyediakan aktiviti ‘Elephant Treasure Hunt’ yang terbahagi kepada empat bahagian soalan: soalan sekitar perjalanan, ruang legar Pusat Konservasi Gajah, tempat persembahan gajah dan ‘treasure’.
Sebanyak 11 kumpulan telah menjawab ke semua soalan mengikut masa yang telah ditetapkan dan penyampaian hadiah berupa  hamper telah  disampaikan oleh Puan   Hasnita Hj Ibrahim selaku Ketua Program ini. Sedikit sumbangan juga diberikan kepada wakil Pusat Konservasi Gajah  Kebangsaan bagi meneruskan usaha yang murni ini.

Tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan Farisha (Keluarga saudari Nor Aida  - Bahagian Gaji), manakala tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan 1Malaysia Indian (Keluarga saudara Raghavan –  Bahagian InfoLib) dan   tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Gajah Puchong (saudari Rohana dan Rohani – Bahagian InfoLib).

Tahniah kepada semua yang terlibat dan diharapkan dengan lawatan seperti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan para peserta dan sekaligus mengeratkan lagi kemesraan di kalangan ahli keluarga  mahupun rakan sekerja.

No comments:

Post a Comment