Wednesday 28 December 2011

Lawatan ke Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam - 28 Disember 2011

Salam Adik-adik...

Amacam? Seronok tak kita lepak di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam (PPAS) semalam? Memang seronok kan...ramai yang teruja dan kagum.  Tak sangka ya, kita ada perpustakaan dalam taman yang canggih, suasana ceria dan ada 6D teater pulak tu!!!!...

Bergambar bersama di Auditorium selepas melihat montaj PPAS

Ini di bahagian depan zon kanak-kanak

Seronok menunggang kuda kusyen nie...sangat lembut!

Bergambar di bawah Pohon ILMU









Tuesday 13 December 2011

AKTIVITI GALAKAN PENGGUNAAN INFOLIB DAN AKTIVITI BERNAMA KIDS' 1MALAYSIA CLUB (BK1MC)


Tarikh : 15 Disember 2011 (Khamis)
Masa :  8.30 pagi hingga 4.00 petang

Anjuran : Pusat Maklumat & Perpustakaan (InfoLib) BERNAMA dan Jawankuasa Induk BK1MC dengan kerjasama Benita.

Objektif : Menggalakkan pinjaman buku dan promosi kepada perkhidmatan InfoLib  dan aktiviti Kanak-kanak dan ibu-bapa sempena cuti sekolah.

Kumpulan sasaran : Petugas BERNAMA, ahli BK1MC dan ahli Benita.

Saturday 23 July 2011

Bengkel Asas Fotografi



Bengkel Asas Fotografi untuk BK1MC telah dianjurkan dengan jayanya pada 23 Julai 2011. Ia dihadiri oleh  21 peserta, yang berumur lebih 10 tahun.  Terima kasih kepada tenaga pengajar memandangkan beliau seorang yang sangat berpengalaman serta banyak mengendalikan bengkel seumpama ini iaitu Tn Haji  Mustaza bin Mohd Yusof, Ketua Unit Foto, Bernama.




Bengkel ini, yang pertama kali dianjurkan untuk anak warga Bernama, bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan asas fotografi dan bagaimana untuk meningkatkan kemahiran mengambil foto menggunakan kamera DSLR. Malahan hobi ini boleh dipupuk dari bangku sekolah lagi.

Pada sebelah petang pertandingan fotografi  dikendalikan oleh Sdra. Zid Omar,   Timbalan Ketua Unit Foto.  Bengkel ditutup dengan penyampaian hadiah pemenang dan sijil oleh Setiausaha Benita Pn. Rohana Mustaffa kepada semua peserta bengkel. Semogabengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang fotografi, menjana pendapatan ataupun setidak-tidaknya untuk kegunaan sendiri.



Rakaman terima kasih  juga dihulurkan kepada Tuan Syed Khedher Ismail dan warga Pusat Kecemerlangan kerana memberi sokongan bagi penganjuran kedua-dua program ini. Semoga kerjasama ini terus terjalin pada masa akan datang.

Lagi gambar...












Tuesday 7 June 2011

Program Anak Cemerlang


Pada 7 Jun, 2011, BENITA dan Bernama Kids’ 1Malaysia Club (BK1MC) menganjurkan Program Anak Cemerlang bertempat di Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12, Wisma Bernama. Seramai 34 anak petugas Bernama berumur antara 8 – 16 tahun telah menjayakan pelbagai aktiviti pada hari tersebut.

Tenaga pengajar bagi program ini ialah Pak Din Sayang Solution. Tumpuan diberikan  sepenuhnya kepada peserta dalam membantu  meningkatkan kecemerlangan pembelajaran, manambah nilai kecemerlangan diri dalam kehidupan serta memupuk kecintaan dan hormat kepada ibu bapa.

Sebagai seorang yang berpengalaman Pak Din, yang membahasakan dirinya Atuk, mudah memberi impak dan tarikan tersendiri kepada anak-anak yang hadir. Ibu-bapa jugadijemput pada sesi akhir di mana Pak Din berkongsi serba sedikit ilmu bagaimana  amalan pemakanan dan kehidupan boleh meningkatkan kecermerlangan dalam sesebuah keluarga.

Program berkenaan di akhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta, oleh Setiausaha Benita iaitu Puan Rohana Mustaffa dan seterusnya sesi fotografi.  Aktiviti seumpama ini telah dianjurkan pada tahun lepas dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang serta mencapai matlamatnya. Semoga semua anak warga Bernama cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan masing-masing.


Lagi gambar....








Saturday 9 April 2011

‘Elephant Sanctuary’ Kuala Gandah, Pahang


Aktiviti pertama Bernama Kid’s 1Malaysia Club (BK1MC) dengan kerjasama Benita bagi tahun 2011 adalah menganjurkan lawatan ke Kuala Gandah, ‘Elephant Sanctuary’ khusus untuk anggota     keluarga petugas Bernama.
Seramai 62 peserta menyertai lawatan ke  ‘Elephant Sanctuary’ Kuala Gandah, Pahang pada 9 April 2011 yang lepas. Sekitar jam 8.00 pagi rombongan lawatan bertolak menaiki bas Bernama ke Kuala Gandah.
Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di mana sejajar dengan objektif BK1MC. Pusat konservasi Gajah Kebangsaan ini merupakan tempat pelindungan, pemuliharaan dan penyelidikan berkaitan gajah asia yang kini terancam habitatnya.
Terdapat empat aktiviti yang boleh disertai iaitu menonton video dokumentari mengenai proses pemindahan semula gajah liar, mandi bersama gajah, memberi makanan dan menunggang gajah.



Pihak urusetia BK1MC juga turut menyediakan aktiviti ‘Elephant Treasure Hunt’ yang terbahagi kepada empat bahagian soalan: soalan sekitar perjalanan, ruang legar Pusat Konservasi Gajah, tempat persembahan gajah dan ‘treasure’.
Sebanyak 11 kumpulan telah menjawab ke semua soalan mengikut masa yang telah ditetapkan dan penyampaian hadiah berupa  hamper telah  disampaikan oleh Puan   Hasnita Hj Ibrahim selaku Ketua Program ini. Sedikit sumbangan juga diberikan kepada wakil Pusat Konservasi Gajah  Kebangsaan bagi meneruskan usaha yang murni ini.

Tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan Farisha (Keluarga saudari Nor Aida  - Bahagian Gaji), manakala tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan 1Malaysia Indian (Keluarga saudara Raghavan –  Bahagian InfoLib) dan   tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Gajah Puchong (saudari Rohana dan Rohani – Bahagian InfoLib).

Tahniah kepada semua yang terlibat dan diharapkan dengan lawatan seperti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan para peserta dan sekaligus mengeratkan lagi kemesraan di kalangan ahli keluarga  mahupun rakan sekerja.