BK1MC dicadangkan sebagai satu bentuk pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bernama dengan memberi keutamaan penyertaan kepada anggota keluarga, khasnya anak kakitangan Bernama berumur 4 hingga 17 tahun.
Majlis diikuti dengan Persembahan Perkasion yang begitu menarik oleh SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Jalan Genting Kelang, Setapak. Mulai jam 10.30 pagi pelbagai aktiviti dimulakan dengan meriah di samping jualan buku dan nyanyian oleh murid sekolah.
Sebanyak 172 buku dipinjam dari mini InfoLib bergerak pada hari tersebut. Aktiviti membaca bagi ibu bapa dan kanak-kanak berjalan sepanjang majlis. Bagi projek ini, InfoLib akan juga membuka pintunya kepada kunjungan anak dan keluarga petugas Bernama untuk mengenali BLIS, membaca buku atau membuat rujukan di sudut BK1MC di Tingkat 8, InfoLib.
InfoLib telah meminjam buku kanak-kanak melalui pinjaman buku berkelompok dari Perpustakaan Negara Malaysia dan membuat pembelian. Pinjaman buku seterusnya boleh dilakukan bagi mereka yang telah menjadi ahli BK1MC yang kini mencecah seramai 192 orang. Sesi fotografi juga dijalankan bagi penyediaan kad keahlian BK1MC.
InfoLib telah meminjam buku kanak-kanak melalui pinjaman buku berkelompok dari Perpustakaan Negara Malaysia dan membuat pembelian. Pinjaman buku seterusnya boleh dilakukan bagi mereka yang telah menjadi ahli BK1MC yang kini mencecah seramai 192 orang. Sesi fotografi juga dijalankan bagi penyediaan kad keahlian BK1MC.
Majlis penyampaian hadiah diadakan pada jam 2.00 petang selepas jamuan makantengahari. Pelbagai hadiah diterima selain doorgift untuk ahli kelab. Majlis dimeriahkan dengan sumbangan doorgift dan hadiah dari Karangkraf iaitu majalah serta buku nota, Aifa Health Product, Simon Souvenir, Ducthlady - produk tenusu, Syarikat TLC iaitu kotak sabun mandi, Light House, Encik Zainal (BTV), KKB dan Benita.
Jutaan terima kasih dari pihak InfoLib kerana kerjasama yang julung kali diadakan dengan Jabatan/Bahagian lain yang telah memeriahkan lagi suasana. Terima kasih kepada pihakpengurusan kerana memberi sokongan. Semoga ahli BK1MC bertambah dan pelbagai aktiviti terus dianjurkan.
No comments:
Post a Comment