Kenali Kami

Kad Keahlian BERNAMA Kids' 1Malaysia Club
Pengenalan

Penyertaan dibuka kepada anak-anak keluarga petugas BERNAMA.

Jawatankuasa terdiri dari Wakil Jabatan/Bahagian di BERNAMA termasuk Benita dan Kelab Kakitangan BERNAMA (KKB) yang mana dinaungi oleh Pengurus Besar.

Objektif

Mendekatkan anggota keluarga setiap petugas BERNAMA dengan agensi berita ini melalui aktiviti-aktiviti kelab, yang berteraskan pendidikan, kenali dan cintai BERNAMA serta kasih sayang sesama insan.

Memupuk minat anak-anak petugas   BERNAMA membaca dan menimba ilmu, menambah pengetahuan, membantu kecemerlangan pembelajaran melalui kaedah 5W 1H, motivasi   pendidikan, mengasah bakat dan minat terhadap  penulisan dan fotografi serta memupuk kecintaan terhadap alam sekitar.

Informasi 
  1. Had umur : 4 tahun hingga  17 tahun. 
  2. Promosi aktiviti  dimaklumkan melalui email, poster dan Portal InfoLib – http://infolib.bernama.com. 
  3. Pelbagai aktiviti dianjurkan dari masa ke semasa. 
  4. Pinjaman boleh dilakukan oleh ibu-bapa dan juga pada hari Sabtu yang mana aktiviti dijalankan. 
  5. Untuk menjadi ahli : Perlu mendaftar dengan mengisi borang yang boleh didapati di InfoLib, ataupun Portal InfoLib untuk menjadi ahli kelab bagi membuat pinjaman dan menyertai aktiviti. 
  6. Dua (2) buah buku boleh dipinjam dalam masa 1 bulan.