Tuesday 7 June 2011

Program Anak Cemerlang


Pada 7 Jun, 2011, BENITA dan Bernama Kids’ 1Malaysia Club (BK1MC) menganjurkan Program Anak Cemerlang bertempat di Pusat Kecemerlangan, Tingkat 12, Wisma Bernama. Seramai 34 anak petugas Bernama berumur antara 8 – 16 tahun telah menjayakan pelbagai aktiviti pada hari tersebut.

Tenaga pengajar bagi program ini ialah Pak Din Sayang Solution. Tumpuan diberikan  sepenuhnya kepada peserta dalam membantu  meningkatkan kecemerlangan pembelajaran, manambah nilai kecemerlangan diri dalam kehidupan serta memupuk kecintaan dan hormat kepada ibu bapa.

Sebagai seorang yang berpengalaman Pak Din, yang membahasakan dirinya Atuk, mudah memberi impak dan tarikan tersendiri kepada anak-anak yang hadir. Ibu-bapa jugadijemput pada sesi akhir di mana Pak Din berkongsi serba sedikit ilmu bagaimana  amalan pemakanan dan kehidupan boleh meningkatkan kecermerlangan dalam sesebuah keluarga.

Program berkenaan di akhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta, oleh Setiausaha Benita iaitu Puan Rohana Mustaffa dan seterusnya sesi fotografi.  Aktiviti seumpama ini telah dianjurkan pada tahun lepas dan diharap dapat diteruskan pada masa akan datang serta mencapai matlamatnya. Semoga semua anak warga Bernama cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan masing-masing.


Lagi gambar....